Friday, October 2, 2009

GEMPA BUMI SEBAGAI TANDA HAMPIRNYA KIAMAT

Oleh: kadi kluang.blogspot.com

Kejadian gempa yang berlaku di Indonesia, turut dirasai penduduk di negara kita. Kawan saya di Pangsapuri Saujana Johor Bahru, berasa panik dan segera lari ke bawah. Gegaran ini turut dirasai di negeri lain di pantai barat terutama yang mendiami bangunan tinggi. Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa atau kemusnahan besar seperti yang berlaku di Indonesia, mungkin ratusan nyawa terkorban. Apa yang berlaku di negara kita hanyalah kesan retak pada bangunan tinggi, penduduk seharusnya mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa. Kalau pihak berkuasa mengarahkan berpindah atau kosongkan bangunan, sila berbuat demikian.

Sebagai seorang Islam, kita wajib percaya kepada ketentuan Allah. Kiamat itu pasti berlaku dan sebelum kiamat itu berlaku, akan ada tanda-tanda kecil dan besar muncul terlebih dahulu. Berdasarkan hadis yang muktabar, sebelum kiamat akan berlaku gempa bumi yang kecil dahulu. Tidak lama selepas itu, akan berlaku gempa yang lebih besar pula dan merupakan tanda-tanda besar kiamat.

Pendapat ini diperkuatkan dengan hadis yang mengaitkan gempa bumi ini terjadi apabila kerosakan dan kemaksiatan telah bermaharaja lela di kalangan manusia. Beriman kepada tanda-tanda berlakunya kiamat merupakan keimanan kepada perkara ghaib yang wajib ke atas setiap orang Islam. Kedatangan hari kiamat itu hanya Allah sahaja yang mengetahui, bagaimanapun Allah menunjukkan kepada kita tanda-tanda kebesaranNya.

Tulisan di atas adalah dinukil dari sahabat saya as-Syeikh Khalil bin Mohd Noor (PTA Daerah Kluang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template