Thursday, December 23, 2010

TAFFAQUH ILMI KITAB SYARAH AL-HIKAM

sesi bergambar dengan aL-Fadil Dr Zulkifli aL-Bakri

aL-Fadhil Dr. Zulkifli Mohammad aL-Bakri


Memperbanyakkan Lima Perkara


Imam Syafie ada memberi wasiat lima perkara yang perlu diingati sepanjang menjalani kehidupan ini. 5 perkara tersebut adalah seperti berikut:
  1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk
  2. Perbanyakkan menyebut Akhirat daripada menyebut urusan dunia.
  3. Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.
  4. Jangan banyak menyebut kebaikan diri dan keluarga.
  5. Jangan banyak menyebut dan menampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Saudara-saudaraku sekelian, Rasulullah SAW ada bersabda, daripada hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baihaqi:

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.”

Renung-renungkan buat kita insan yang sering alpa dan lupa.

Wednesday, December 22, 2010

ZIARAH UKHUWAH SAUDARA di KUANTAN

syaikhuna al-kabir batn us. lias (mantop dia la nie) & us akmal

juadah yang dihidangkan us liyas, kinaffah beb..import from urdun awalan

my bro dr Ijat & family..thank bro, I'm very appreciate...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Pada 12 hingga 14 Disember yang lepas, biasa le geng terakhir di kalangan budak2 ikip-Yarmouk (but not me hah)..hehehe, "Geng Bujang" menggunakan masa yang ada untuk menziarahi saudara seangkatan semasa belajar di Kuantan dan Jordan satu masa dahulu..rasanya cepat betul masa berlalu, apa ke tak, kalu dihitung dengan kiraan tahun, diam tak diam dah 8 tahun kami meninggalkan bumi kuantan, semasa kami menimba ilmu di IKIP banyak kenangan tak dapat kami lupakan, dari makanan, tempat hinggalah tenaga pengajar kami. Hari ini semuanya telah berubah, bagi kami walaupun semuanya berubah tapi kenangan yang indah semasa disini takkan kami lupakan, terima kasih buat semua pensyarah yang bertungkus lumus serta bersusah payah mengajar dan memberikan kami ilmu yang sangat berharga terutamanya khusus buat us. Zuridan yang banyak mengubah diri aku terutamanya tentang kehidupan ini..tak lupa juga kami ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat saudara kami Us. Ilyas Naim & Ustzah Ayu yang sudi menerima kedatangan kami, siap buat Nasi Bukhari & Kinafah lagi. Masakan enta berdua memang mantop, sedap dan berkhasiat (leh bukak kedai lepas nie). Juadah tersebut tak kan kami lupakan. hehehe. Tak lupa gak kepada my bro Dr. Ijat dan keluarganya yang bersusah2 untuk menerima kedatangan kami, walaupun dr ijat nie sibuk orangnya, tp tetap jugak menerima kami, ari gato bro..(jangan serik menerima kedatangan kami). bila2 ada rezeki insyallah kami akan kembali, tp bukan dengan bro akmal, tp isteri tersayang..amin. Buat kalian berdua, tak ada perkataan yang sesuai untuk dilafaz kecuali dengan lafaz ucapan Jazakallahu khair jaza' dan terima kasih yang tak terhingga. Moga2 Allah Taala akan membalasnya dengan Jannahtul firdaus..amin

Sabda Rasulullah SAW:

"Dari Abu Hamzah Anas bin Malik RA, khodim Rasulullah SAW dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "tiada beriman seseorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." Hadis riwayat al-Buhori dan Muslim.

Sunday, October 31, 2010

MENGAPA INDUSTRI NAFSU INGIN DIPERLUAS?




Perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan media yang disertakan di bawah membuat saya terfikir dan bertanya, adakah keputusan ingin menjadikan negara ini HUB HIBURAN MALAM antarabangsa menjadi sebahagian agenda negara maju? ah tidak! tidak mungkin! pasti Tidak! belum reda dengan isu kerosakan muda mudi negara kita, makin pulak nak ditambah dengan punca atau penyebab kerosakan...isyh payah! Bilakah agaknya akan berkesudahan isu keruntuhan akhlak, zina dan akhirnya buang bayi, minum arak dan maksiat-maksiat yang lain yang tak dapat dihuraikan..kecil besar semua ada, dah macam astro pulak "macam2 ada"..

Diwaktu kita merasa bangga kerana suatu masa dahulu negara kita menjadi role model sebuah NEGARA ISLAM, ISLAM HADHARI, NILAI-NILAI ISLAM macam-macam lagi nak diceritakan, sehingga menjadi rujukan negara lain yang hendak membangun bersama ISLAM...kita harapkan ISLAM secara HOLISTIK dalam kehidupan seharian tapi lain pulak jadinya, malah perkataan HEDONISME pulak dalam kamus remaja, belia dan masyarakat kita ..budaya berhibur yang keterlaluan itulah pilihan mereka...nak bangunkan negara di masa hadapan? ahh jangan harap le, kalu mereka suka berfoya2, berhibur, beseronok tanpa batasan, bergaul bebas lelaki dan perempuan tanpa meletak agama sebagai benteng, pastinya akan berakhir dengan kehancuran, nak mentadbir dengan ILMU? kalau di awalnya dengan NAFSU SERAKAH.! nak wat macamane? jawapannya tepuk dada tanya IMAN

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke neraka itu dengan mengikut hawa nafsu." (Riwayat Abu Daud & Ahmad).

lalu mengapa dibuka lorong nafsu itu? Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda melalui riwayat Ahmad & at-Tabrani dengan sanad yang baik: Majma' Az-Zawaid bermaksud: " Sesungguhnya Allah SWT berkata kepada Adam AS: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka," maka berkata Adam: "Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka? Jawab Allah: "dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga."

Nah! wahai saudaraku, telah jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang yang layak ke syurga, Justeru, mengapa kita bersemangat dalam menyuburkan industri maksiat dari bersemangat menghancurkan punca-puncanya..ingatlah ibu segala maksiat ialah ARAK..

Diakhirnya marilah kita merenung kembali dan menginsafi segala kekurangan serta kelemahan kita, kembalilah kepada ajaran ISLAM sambil berpijak di bumi yang nyata, kita semua dicipta bukan pencipta. jangan harap kita selama-lamanya akan berada di atas, ntah esok lusa kita akan berada di bawah juga, Gempa bumi, letusan gunung berapi tambah lagi dengan TSUNAMI semuanya bunga-bunga kemurkaan Allah SWT..hari ini! semuanya dah berlaku...kalau dahulu berlaku di negara jiran, tapi hari ini, kita semua dapat rasakan kejadian tersebut di negara ini..

Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal wahai saudaraku..

Sunday, August 1, 2010

KEMBARA DAKWAH TOMBO ATI BERSAMA AADK







Friday, March 26, 2010

Bismillah...Akhir-akhir ini di dada akhbar banyak memaparkan kisah pembuangan bayi, seolah-olah pembuangan bayi ini tiada akhirnya..apakah salah mereka. mereka suci dan bersih! manusia sudah hilang pertimbangan dan kewarasan akal..banyak pasangan yang nikah secara sah mengharapkan anak..berlainan pulak bagi pasangan yang taknak bernikah, dahlah buat dosa berzina tambah pulak dengan buang anak, kemanakah nilai agama yang selama ini menjadi perisai diri. Amat menyedihkan kita perkara ini boleh terjadi..inilah akibatnya kalu manusia taknak ingat Allah..semacam mereka hari ini, sudah berani mencabar kekuasaan Ilahi..

Ya Allah, adakah ini ujian ke atas kami.oh tidak! sedihnya, bangsa kita sendiri seagama lagi, kebanyakkannya pulak remaja, adakah mereka ini kurang dididkan agama, kalu kita bercakap hari ini, memang payah! bayangkan mereka ini harapan bangsa satu masa nanti, betapa porak peranda kalau nafsu mereka jadikan tunjang pemerintahan. Alahai bangsaku. apa nak jadi jangan diikut sangat perangai barat, agama bagi mereka hanyalah di bawah tapak kaki sahaja..apa dia nak, takde saper boleh menghalang! HAK ASASI manusia le katakan..erm mcm takde otak agaknya..nada macam marah?

tapi kalu kita tak
zahir..apa jadi bangsa kita pada masa akan datang..adakah kita nak generasi ini memimpin kita..aku masih mengharap sinar iman di hati dan perasaan malu menyaluti diri mereka..umpama murahnya maruah bagi mereka..boleh dibayar dengan duit, takut-takut agama mereka juga satu masa nanti sebagai galang gantinya..Nauzubillah! Bala' Allah takde saper boleh menghalang..

kita dok malaysia ada yang baik dan ada yang jahat, kalu Allah nak turunkan bala' semuanya kena. jangan kita cuba-cuba mengundang bala' dan kemurkaan ilahi, buruk padahnya..
Inilah realiti hari ini, masihkah kita terlena lagi dengan keasyikan duniawi..

sedarlah wahai bangsaku..hari ini kita memerintah entah besok entah lusa kita akan diperintah, masa tu jangan ditangisi keadaan kita, kalu kita masih dok berhayal dengan permainan dan umpananan musuh kita, sedar tak sedar jarum musuh sudah mula nak masuk pada lubangnya..janji mereka hanya mahu
ISLAM tidak lagi menjadi pilihan kita, hancur dan lebur di mata mereka..

YA ALLAH SELAMATKAN BANGSA DAN AGAMAKU, AQIDAHKU SYARIATKU DAN AKHLAKKU. HANYA DIKAU YA ALLAH TEMPAT KAMI MEMOHON DAN MENGHARAP,
SELAMATKAN BANGSAKU DARI UJIAN DAN MALAPETAKA!

Sunday, February 21, 2010

aku kembali...

salam teman2 sekalian:

rasenye mcm dah lame aku xkembali berblog..maklum le sejak bertukar bahagian nie..nek cbuk plak..tp alhamdulillah segala dalam keadaan baik..aku bersyukur dapat berkongsi minda dan idea dalam penulisan..dah nama pun "Cetusan Idea" mesti lah berkongsi idea..semua orang mcm tu..

untuk rakan2 doakan usaha dakwah melalui blog nie terus subur..bak kata orang teknologi segalanya boleh jadi..bila guna baik faedah baik untuk kita bersama, tapi bila guna pada yang xbaik segala musibah dan bencana diterima semua pihak, baik yang guna baik atau tidak..pokok pangkal kudrat dan akal segala pada hambanya bernama manusia..dari amirul mukminin Umar RA telah mendengar beliau dari Rasulullah SAW bersabda: "hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi seseorang apa yang diniatkan, maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang berhijrah kepadanya itu"

InsyaAllah saya akan berusha selepas ini untuk berkongsi apa jua idea, pandangan dan apa jua pengalaman. Semoga ia dapat dikongsi dan dapat digarap agar menjadi sumbangan dalam kita berdakwah sesama insan!..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template