Sunday, February 13, 2011

MERENUNG SEJENAK JASA IBU BAPA

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان، فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول، ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا، وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Kita perlu memuliakan kedua orang tua kita kerana jasa-jasa yang telah mereka curahkan adalah terlalu besar terhadap diri kita. Kerana mereka, kita dilahirkan ke dunia ini. Tambahan pula kalau ibu bapa kita itu seorang Islam, dengan sendirinya kita berada dalam keselamatan dunia dan akhirat. Kerana satu-satunya agama yang diredhai Allah ialah Islam. Pertemuan mereka yang diikat dengan kalimah bismillah dan akad yang sah telah melahirkan kita. Merekalah yang membelai dan menyayangi serta bersusah payah membesarkan kita. Apakah yang patut setelah mereka tua, lemah dan tidak bermaya, kita kasari mereka pula. Sudahlah begitu, ada yang sanggup menghantar ibubapa mereka yang banyak berjasa itu ke rumah orang-orang tua. Rasulullah SAW bersabda: ”Orang yang mempunyai sebesar-besar bakti ke atas seseorang anak ialah ibunya.”

Sepatutnya di hari tua begini, anak-anaklah tempat mereka bernaung dan berlindung serta mengharap kasih. Tetapi apabila anak-anak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua, hati mereka dilanda kesepian. Hilang tempat untuk menerima kasih. Terasa sisa-sisa hidup yang tinggal satu kepahitan yang tidak tertanggung. Oleh itu, marilah kita merenung sejenak jasa ibubapa kita yang terlalu besar itu.

  1. Kita dijadikan Allah melalui pertemuan kedua ibubapa kita.
  2. Ibu bersusah payah mengandungkan kita dalam perutnya.
  3. Ayah bersusah payah mencari rezeki yang halal.
  4. Bersengkang mata ketika kita sakit.
  5. Memberi pendidikan dan tunjuk ajar.
  6. Penjamin keselamatan dunia dan akhirat.

Latihan menembak antara aktiviti yang menyeronokkan..









BismiLlah...

Nak diceritakan SABTU, 12 Feb 2011 yang lepas sempat jugak memberikan ruangan hujung minggu kali nie untuk latihan menembak, latihan kali nie sangat menyeronokkan. Saya nak bagitahu kat kengkawan semua, latihan menembak kali ini adalah ihsan PULADA, Ulu Tiram dengan kerjasama JKR, Mekenikal, kebun Teh..Thank saya ucapkan. Jabatan Agama Johor berpeluang menumpang sekaki untuk menunjukan kemahiran dan kepakaran apa yang dinamakan "Sharp Shooter" hehehehe. Jangan tak caya acara menjatuhkan piring dengan M16 dimenangi oleh kump. kami "alkaida" jangan salah faham pulak...saje jer letak mcm tuh, ade ong le, bila letak nama tuh...hehehe. Macam tak percaya pulak kemampuan yang ada untuk menggunakan "M16" dan "silent sir" dalam membidik sasaran yang ada....



Wednesday, February 9, 2011

Analogi Sebatang Pokok


Belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon. Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat. Bermula dari benih yang kecil ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya. Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat, ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia dan haiwan.Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar.
Marilah kita menjadi insan(manusia) yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti Ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar.SubhanaAllah tabarakAllah...

Tuesday, February 8, 2011

FAHAMI HIERARKI CINTA

Cinta kedua paling agung selepas mencntai Allah SWT ialah cinta kepada Rasulullah SAW, Nabi akhir zaman yang Allah utuskan untuk kesempurnaan akhlak umat akhir zaman, Inilah hierarki cinta yang setiap Mukmin perlu fahami, sepertimana tuntutan dalam rukun iman. Apabila kita meletakkan cinta kepada Rasululullah sebagai manusia paling teratas dan paling istimewa yang patut disanjung maka akan mudahlah untuk kita mencontohi cara hidupnya. Sesungguhnya Allah menjamin keberkatan hidup sesiapa yang bersunnguh-sungguh mencontohi cara hidup Nabi SAW. Bukan sahaja berkat kepada diri sendiri, malah tempias keberkatan itu turut dirasai oleh semua makhluk di sekelilingnya. Sejarah telah membuktikan selepas kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat bersungguh-sungguh menyampaikan hadis dan sunnah Nabi ke seluruh dunia. Amalan Nabi yang disebut sebagai al-Quran bergerak terus berkembang turun-temurun kepada alim ulama sehinggalah ke genarasi hari ini. Walau kita tidak mengenali Nabi Muhammad SAW, tetapi apabila beramal dengan sunnahnya kita akan rasa seronok dan tenang dalam kehidupan. Dari sini membuktikan mukjizat dan kehebatan Rasulullah SAW, walau baginda SAW telah wafat tetapi kemuliaan keperibadian dan pekertinya kekal hidup dihati yang mencintainya. Andai kita mahu terus subur dicintai di hati suami, isteri dan anak-anak yang menyayangi kita, maka tanamkan dalam diri untuk tegakkan sunnah Nabi dalam kehidupan berumah tangga agar perginya kita, jasa dikenang sebagai insan yang memperjuangkan sunnah Rasulullah SAW. Dalam riwayat Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya agama Islam akan kembali ke Hijjaz, sebagaimana ular yang kembali ke lubangnya, maka agama itu kan tertambat di Hijjaz, umpama tertambatnya unta-unta di puncak gunung. Sesungguhnya lahir agama itu asing (tidak dikenali orang) dan ia akan kembali asing seperti awal kelahirannya. Maka berbahagialah orang-orang asing itu (iaitu kaum yang bukan Arab), kerana merekalah yang akan membetulkan apa yang dirosakkan manusia dari sunnahku sepeninggalanku nanti."

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang Nabi sebutkan ini..Amin Ya Allah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template