Friday, March 26, 2010

Bismillah...Akhir-akhir ini di dada akhbar banyak memaparkan kisah pembuangan bayi, seolah-olah pembuangan bayi ini tiada akhirnya..apakah salah mereka. mereka suci dan bersih! manusia sudah hilang pertimbangan dan kewarasan akal..banyak pasangan yang nikah secara sah mengharapkan anak..berlainan pulak bagi pasangan yang taknak bernikah, dahlah buat dosa berzina tambah pulak dengan buang anak, kemanakah nilai agama yang selama ini menjadi perisai diri. Amat menyedihkan kita perkara ini boleh terjadi..inilah akibatnya kalu manusia taknak ingat Allah..semacam mereka hari ini, sudah berani mencabar kekuasaan Ilahi..

Ya Allah, adakah ini ujian ke atas kami.oh tidak! sedihnya, bangsa kita sendiri seagama lagi, kebanyakkannya pulak remaja, adakah mereka ini kurang dididkan agama, kalu kita bercakap hari ini, memang payah! bayangkan mereka ini harapan bangsa satu masa nanti, betapa porak peranda kalau nafsu mereka jadikan tunjang pemerintahan. Alahai bangsaku. apa nak jadi jangan diikut sangat perangai barat, agama bagi mereka hanyalah di bawah tapak kaki sahaja..apa dia nak, takde saper boleh menghalang! HAK ASASI manusia le katakan..erm mcm takde otak agaknya..nada macam marah?

tapi kalu kita tak
zahir..apa jadi bangsa kita pada masa akan datang..adakah kita nak generasi ini memimpin kita..aku masih mengharap sinar iman di hati dan perasaan malu menyaluti diri mereka..umpama murahnya maruah bagi mereka..boleh dibayar dengan duit, takut-takut agama mereka juga satu masa nanti sebagai galang gantinya..Nauzubillah! Bala' Allah takde saper boleh menghalang..

kita dok malaysia ada yang baik dan ada yang jahat, kalu Allah nak turunkan bala' semuanya kena. jangan kita cuba-cuba mengundang bala' dan kemurkaan ilahi, buruk padahnya..
Inilah realiti hari ini, masihkah kita terlena lagi dengan keasyikan duniawi..

sedarlah wahai bangsaku..hari ini kita memerintah entah besok entah lusa kita akan diperintah, masa tu jangan ditangisi keadaan kita, kalu kita masih dok berhayal dengan permainan dan umpananan musuh kita, sedar tak sedar jarum musuh sudah mula nak masuk pada lubangnya..janji mereka hanya mahu
ISLAM tidak lagi menjadi pilihan kita, hancur dan lebur di mata mereka..

YA ALLAH SELAMATKAN BANGSA DAN AGAMAKU, AQIDAHKU SYARIATKU DAN AKHLAKKU. HANYA DIKAU YA ALLAH TEMPAT KAMI MEMOHON DAN MENGHARAP,
SELAMATKAN BANGSAKU DARI UJIAN DAN MALAPETAKA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template