Tuesday, February 8, 2011

FAHAMI HIERARKI CINTA

Cinta kedua paling agung selepas mencntai Allah SWT ialah cinta kepada Rasulullah SAW, Nabi akhir zaman yang Allah utuskan untuk kesempurnaan akhlak umat akhir zaman, Inilah hierarki cinta yang setiap Mukmin perlu fahami, sepertimana tuntutan dalam rukun iman. Apabila kita meletakkan cinta kepada Rasululullah sebagai manusia paling teratas dan paling istimewa yang patut disanjung maka akan mudahlah untuk kita mencontohi cara hidupnya. Sesungguhnya Allah menjamin keberkatan hidup sesiapa yang bersunnguh-sungguh mencontohi cara hidup Nabi SAW. Bukan sahaja berkat kepada diri sendiri, malah tempias keberkatan itu turut dirasai oleh semua makhluk di sekelilingnya. Sejarah telah membuktikan selepas kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat bersungguh-sungguh menyampaikan hadis dan sunnah Nabi ke seluruh dunia. Amalan Nabi yang disebut sebagai al-Quran bergerak terus berkembang turun-temurun kepada alim ulama sehinggalah ke genarasi hari ini. Walau kita tidak mengenali Nabi Muhammad SAW, tetapi apabila beramal dengan sunnahnya kita akan rasa seronok dan tenang dalam kehidupan. Dari sini membuktikan mukjizat dan kehebatan Rasulullah SAW, walau baginda SAW telah wafat tetapi kemuliaan keperibadian dan pekertinya kekal hidup dihati yang mencintainya. Andai kita mahu terus subur dicintai di hati suami, isteri dan anak-anak yang menyayangi kita, maka tanamkan dalam diri untuk tegakkan sunnah Nabi dalam kehidupan berumah tangga agar perginya kita, jasa dikenang sebagai insan yang memperjuangkan sunnah Rasulullah SAW. Dalam riwayat Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya agama Islam akan kembali ke Hijjaz, sebagaimana ular yang kembali ke lubangnya, maka agama itu kan tertambat di Hijjaz, umpama tertambatnya unta-unta di puncak gunung. Sesungguhnya lahir agama itu asing (tidak dikenali orang) dan ia akan kembali asing seperti awal kelahirannya. Maka berbahagialah orang-orang asing itu (iaitu kaum yang bukan Arab), kerana merekalah yang akan membetulkan apa yang dirosakkan manusia dari sunnahku sepeninggalanku nanti."

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang Nabi sebutkan ini..Amin Ya Allah..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template