Sunday, February 13, 2011

MERENUNG SEJENAK JASA IBU BAPA

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان، فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول، ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا، وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Kita perlu memuliakan kedua orang tua kita kerana jasa-jasa yang telah mereka curahkan adalah terlalu besar terhadap diri kita. Kerana mereka, kita dilahirkan ke dunia ini. Tambahan pula kalau ibu bapa kita itu seorang Islam, dengan sendirinya kita berada dalam keselamatan dunia dan akhirat. Kerana satu-satunya agama yang diredhai Allah ialah Islam. Pertemuan mereka yang diikat dengan kalimah bismillah dan akad yang sah telah melahirkan kita. Merekalah yang membelai dan menyayangi serta bersusah payah membesarkan kita. Apakah yang patut setelah mereka tua, lemah dan tidak bermaya, kita kasari mereka pula. Sudahlah begitu, ada yang sanggup menghantar ibubapa mereka yang banyak berjasa itu ke rumah orang-orang tua. Rasulullah SAW bersabda: ”Orang yang mempunyai sebesar-besar bakti ke atas seseorang anak ialah ibunya.”

Sepatutnya di hari tua begini, anak-anaklah tempat mereka bernaung dan berlindung serta mengharap kasih. Tetapi apabila anak-anak menghantar mereka ke rumah orang-orang tua, hati mereka dilanda kesepian. Hilang tempat untuk menerima kasih. Terasa sisa-sisa hidup yang tinggal satu kepahitan yang tidak tertanggung. Oleh itu, marilah kita merenung sejenak jasa ibubapa kita yang terlalu besar itu.

  1. Kita dijadikan Allah melalui pertemuan kedua ibubapa kita.
  2. Ibu bersusah payah mengandungkan kita dalam perutnya.
  3. Ayah bersusah payah mencari rezeki yang halal.
  4. Bersengkang mata ketika kita sakit.
  5. Memberi pendidikan dan tunjuk ajar.
  6. Penjamin keselamatan dunia dan akhirat.

1 comments:

MencariNur said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template