Tuesday, October 13, 2009

Tanda Berakhirnya Dunia Yang Fana Ini...


عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويثبت الجهل ويشرب الخمر ويظهر الزنا (رواه البخاري)
Maksud Hadis: dari Anas Bin Malik telah berkata: Rasulallah s.a.w telah bersabda: “Antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu diangkat( kehilangan Ilmu) dunia diliputi kejahilan, minuman arak berluas-luasa dan berlaku perzinaan secara terang-terangan. (diriwayatkan oleh alBukhari)

Cuba kita perhatikan hadis di atas serta cuba kita renung2 dan fikir2kan hingga paling dalam hati kita semua. Akal mestilah waras dan hati mestilah bersih mengenangkan nasib umat dan perihal dunia yang semakin hari menghitung perkiraan usia, kalau manusia nampak tua pada umurnya tp kalau bumi pada apa pulak, isyh nampak berat sangat kehidupan hari ini untuk diteruskan. Tp kata kawan2 saya:"kehidupan mesti diteruskan..".tu ckp org2 biasa tp sebagai umat Islam x kan teruskan tanpa ada usaha utk beramal. ye lah cuba kita bayangkan besok kita nak exam, kelam kabut dibuatnya malam tu, ye le aper x peniknya kalu kita baca 2 x masuk dn masuk dlm exam apa yg kita x baca, isyh payah beb nak jawab..saya rasa tu le perumpaan kita kat dunia nie yang katanya "mcm2 ada"

Tambahan plak manusia hari ini smcm leka dan lalai, kadang2 ketawa terbahak-bahak dan ada yang masih meneruskan pesta yang bukan-bukan sehinga ia di luar batasan syariah. seolah-olah hidup mereka mcm kekal buat selama-lamanya. Beb, tiap hari jumaat kita sering dengar. bila tu? mestilah masa khatib membaca khutbah mengingatkan kita pada permulaan ayatnya dengan katanya "Bahawa dunia ini hanyalah tumpangan semata-mata, akhirat jualah tempat kembali dan perhitungannya.". sebenarnya saya nak bawakan hadis di atas tentang tanda kedatangan kiamat. Nie bukanlah untuk menakut-nakut pembaca dan manusia semuanya dan bukan pula menyuruh manusia terus melakukan ibadah selama-lamanya tanpa memperdulikan kehidupan di dunia ini, akan tetapi nak mengingatkan kita bahawa segala amalan kita akan dihisab, dihitung dan dibalas mengikut amalan masing-masing di dunia. kita kenalah beringat bahawa kehidupan di dunia ini bukan kosong tanpa tujuan akan tetapi nak bersama2 berusha memikirkan tujuan dan matlamat kita hidup kat dunia nie. Bukankah di alam roh lagi kita telah berjanji akan mengabdikan diri mencari redha Allah Taala dunia ini. Fikirkan bulat2 dan timbang2kan dgn timbangan perhitungan diri...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template