Sunday, October 11, 2009

Bencana Alam, Ikhtibar Untuk Manusia Semuanya...


"Apabila melihat keadaan bumi hari ini agak menginsafkan diri saya betapa kuasa Allah mengatasi segalanya, kejadian gempa bumi, angin taufan dan banjir kerap berlaku akhir2 ini. Sebelum ini saya dengar ia sering berlaku di luar negara terutamanya jiran terdekat kita iaitu Indonesia, akan tetapi, hari ini bencana alam semuanya di atas sudah berlaku di tanah air kita. Ia sudah dirasai di seluruh pelusuk tanah air kita. saya teringat pada firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:"Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dari bertaubat." Melalui ayat tersebut sudah jelas bagi kita yang beriman dengan Allah serta qada qadarNya, bahawa semuanya berlaku bukanlah secara spontan atau tanpa sebab. Walhal manusia semuanya sudah tahu dan ingat. cuma kadang-kadang sahaja melupakan @ buat-buat macam tak ada apa-apa berlaku. Dah namanya "manusia" biasalah lupa memanjang. apa lagi, maksiat zina, judi, minum arak, buang anak, bunuh membunuh di antara manusia dan sebagainya makin berluasa hari ini. kerap pulak tu. Dah macam makan nasi pulak dibuatnya. Bukankah Allah telah mengharamkan semuanya. Tapi tetap juga manusia membuatnya. tak tahu le saya, Ibarat macam dah tak tahu malu dan takut pada "Kholiq" sang pencipta alam. AstaghfiruAllah

Allah tidak zalim terhadap hambanya cuma mahukan manusia sedar dan membuka matanya seluas-luasnya tentang kuasanya. kalau dia kata " Jadilah, maka jadilah ia" tak payahlah kita nak cabar Allah. Siapa le kita cuma seorang hambanya yang lemah, "dicipta bukan pencipta." kalau dilihat melalui semuanya ini. maka ini adalah amaran awal yang perlu diambil perhatian dan peringatan kita semua supaya meninggalkan perbuatan mungkar dan menjauhi maksiat yang dimurkaiNya. Hari Ini Indonesia mungkin satu masa tidak mustahil ia kerap berlaku di tanah air kita MALAYSIA pada bila-bila masa, kalau kita terus juga melakukan maksiat. Maka bahasa yang paling sesuai dengan Bahasa Allah pada manusia adalah "Bencana Alam."Ambillah ikhtibar wahai semua umat Islam, jangan le kita leka dan lupa lagi. Bencana tak kenal siapa, engkau ustaz, jurutera atau pakar-pakar dan sebagainya. Kalau dia nak turunkan, tak tunggu siapa-siapa, pastinya semuanya akan menanggung sengsara. jadi marilah kita renung dan muhasabah diri kita dan sentiasa menginsafi dosa-dosa yang kita lakukan. Mari kita renung ayat al Quran dalam surah al-Isra' ayat 16 bermaksud:
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template