Tuesday, August 28, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433

 Bismillahirahmanirahim...

Lama sudah rasanya saya tidak menulis apa-apa dalam entry ini. Naik berkulat rasanya. Untuk sahabat2 saya ucapkan Selamat Hari Raya Maaf & Batin. Moga-moga kita semua beterusan mendapat naungan dari Allah SWT hendaknya. Berlalunya 11 hari kita telah berada di dalam bulan syawal, syawal diraikan ramadan ditanggisi pemergiannya. Gembira di pagi syawal kerana berjayanya kita merentasi sebulan berpuasa dengan penuh ujian dan cabaran. Bermula dengan 1 ramadan kita sudah berazam untuk menjadi insan yang baik mentaati segala perintah Allah dan berusaha meninggalkan segala larangan-Nya, Insan beriman pasti mengejar segala ganjaran ketika berpuasa yang akhir menghadiahkan taqwa dalam kamus kehidupan kita, Kini ramadan telahpun berlalu, maka adakah kita perlu melupakan segala janji dan azam kita untuk berubah menjadi insan yang baik akhlaknya. Jangan sia-siakan puasa yang kita kerjakan selama sebulan penuh hanya semata-mata ingin kembali pada tabiat asal, bila lagi ingin kita berubah ke arah kebaikan dan mencapai ketaqwaan. "tepuk dada tanyalah iman dan hati kita," jagan "tepuk dada tanya selera," maka jawapannya memanglah lapar sentiasa, lagi-lagi dalam bulan syawal. sana sini dengan rumah terbuka, perut diisi dengan pelbagai makanan akhirnya kita juga yang susah. Berbekalkan ketaqwaan yang diperolehi dari madrasah ramadan yang lalu, ingatlah bahawa usia kita ini perlu dimanfaatkan waluapun sedetik masa yang diberikan untuk kita beramal, menambahkan deposit pahala untuk menghasilkan dividen keimanan dan ketaatan. Bermula dengan Ramadan dan seterusnya syawal kita hiasinya dengan semuanya itu, Puasa enam jangan dilupakan, ambillah peluang untuk memperolehi syafaat Nabi SAW diakhirat kelak, luang-luangkan masa untuk berpuasa dibulan syawal kerana besar fadilatnya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”. Begitulah kasih pencipta melalui pesuruh-Nya untuk ummat-Nya memperolehi ganjaran pahala yang banyak,, nak buat pahala pun senang cuma kita kadang-kadang rasa malas dek kerana banyak mengikut hawa dan nafsu. Pahala yang kita perolehi kadang-kadang hangus dek perbuatan jahat kita lakukan. Berhati-hatilah dengan kelakuan kita. Sayangilah segala kerja keras kita buat dan akhirnya ia menjadi sia-sia. manusia dikeliling kita berkata: belum tentu ibadah kita diterima Allah, jika kita buat dengan riak dan menunjuk-nunjuk. Justeru sempena dengan kehadiran syawal ini kita pertingkatkan segala amalan ketaatan kita untuk mendapat keredhaan Allah jua, Kalu kita nak disayangi majikannya, bermacam cara kita lakukan dari sekecil2 ketaatan hinggalah kalau sampai membawakan beg tuannya. Tetapi ini tuan dari segala TUAN, TUAN BAGI SEKELIAN ALAM..Mudah-mudahan berlalunya ramadan kita telah manfaatkan dan seterusnya tambahkan lagi manfaat itu dibulan syawal ini. sekian dengan ucapan SALAM AIDILFITRI, MINAL A'EIDIN WAL FAEIZIN, KULLU AM WA ANTUM BILKHAIR..

Saturday, October 29, 2011

Keranamu 1 MALAYSIA, kami bersama-sama disini

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..



Pada minggu yang lepas, saya berkesempatan menghadiri program bersama2 warga emas dii pusat harian kluang.Johor, pada ketika itu terserlah wajah kegembiraan bila bersama-sama kami dalam satu program yang mengumpulkan lapisan umur, bangsa dan agensi.. terima kasih saya ucapkan pada peserta dari INTAN, kluang, JKM dan JAIJ (Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah) yang sama menjayakannya. Dalam masa yang sama kami dapat dekati mereka tanpa mengira bangsa dan keturunan. kami dekati dan kami selami hati mereka.. Slogan"1 Malaysia, Mahabbah terbina, Ukhuwah berpanjangan" menjadi aspirasi saya meneruskan program kemasyarakatan pada golongan itu. moga dapat saya kongsikan melalui program tersebut..



Wednesday, October 26, 2011

UKHUWAH SELAMANYA....

bersama-sama akh muharman dan dr sifoo di mat'am arabi kota bahru, kelantan

ruz mandi maal laham, gambo dulu baru makan

sebelum balik ke hotel sempat berpoosing dengan muharman dan sifoo yang semangkin tembam kerana dah balik malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template