Sunday, October 31, 2010

MENGAPA INDUSTRI NAFSU INGIN DIPERLUAS?




Perasaan merasa tidak puas hati dan kecewa dengan laporan media yang disertakan di bawah membuat saya terfikir dan bertanya, adakah keputusan ingin menjadikan negara ini HUB HIBURAN MALAM antarabangsa menjadi sebahagian agenda negara maju? ah tidak! tidak mungkin! pasti Tidak! belum reda dengan isu kerosakan muda mudi negara kita, makin pulak nak ditambah dengan punca atau penyebab kerosakan...isyh payah! Bilakah agaknya akan berkesudahan isu keruntuhan akhlak, zina dan akhirnya buang bayi, minum arak dan maksiat-maksiat yang lain yang tak dapat dihuraikan..kecil besar semua ada, dah macam astro pulak "macam2 ada"..

Diwaktu kita merasa bangga kerana suatu masa dahulu negara kita menjadi role model sebuah NEGARA ISLAM, ISLAM HADHARI, NILAI-NILAI ISLAM macam-macam lagi nak diceritakan, sehingga menjadi rujukan negara lain yang hendak membangun bersama ISLAM...kita harapkan ISLAM secara HOLISTIK dalam kehidupan seharian tapi lain pulak jadinya, malah perkataan HEDONISME pulak dalam kamus remaja, belia dan masyarakat kita ..budaya berhibur yang keterlaluan itulah pilihan mereka...nak bangunkan negara di masa hadapan? ahh jangan harap le, kalu mereka suka berfoya2, berhibur, beseronok tanpa batasan, bergaul bebas lelaki dan perempuan tanpa meletak agama sebagai benteng, pastinya akan berakhir dengan kehancuran, nak mentadbir dengan ILMU? kalau di awalnya dengan NAFSU SERAKAH.! nak wat macamane? jawapannya tepuk dada tanya IMAN

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Lorong ke syurga itu perlu melalui duri-duri (melawan nafsu), dan lorong ke neraka itu dengan mengikut hawa nafsu." (Riwayat Abu Daud & Ahmad).

lalu mengapa dibuka lorong nafsu itu? Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda melalui riwayat Ahmad & at-Tabrani dengan sanad yang baik: Majma' Az-Zawaid bermaksud: " Sesungguhnya Allah SWT berkata kepada Adam AS: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan zuriat kamu dengan sekumpulan akan ke neraka," maka berkata Adam: "Wahai tuhanku, berapa ramai jumlah mereka? Jawab Allah: "dari setiap seribu orang, seramai 999 akan ke neraka dan hanya seorang ke syurga."

Nah! wahai saudaraku, telah jelas dinyatakan nisbah penduduk syurga dengan neraka dari 1000 orang, 999 akan dihumban ke neraka dan hanya seorang yang layak ke syurga, Justeru, mengapa kita bersemangat dalam menyuburkan industri maksiat dari bersemangat menghancurkan punca-puncanya..ingatlah ibu segala maksiat ialah ARAK..

Diakhirnya marilah kita merenung kembali dan menginsafi segala kekurangan serta kelemahan kita, kembalilah kepada ajaran ISLAM sambil berpijak di bumi yang nyata, kita semua dicipta bukan pencipta. jangan harap kita selama-lamanya akan berada di atas, ntah esok lusa kita akan berada di bawah juga, Gempa bumi, letusan gunung berapi tambah lagi dengan TSUNAMI semuanya bunga-bunga kemurkaan Allah SWT..hari ini! semuanya dah berlaku...kalau dahulu berlaku di negara jiran, tapi hari ini, kita semua dapat rasakan kejadian tersebut di negara ini..

Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal wahai saudaraku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template