Saturday, October 31, 2009

10 Tabiat Merosakkan Otak:

Fakta Ingan Tahu?

1. Tidak Mengambil Sarapan Pagi:

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih Makan:
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok:
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan Gula Yang Berlebihan:
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran Udara:
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih Tidur
:

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup Muka Ketika Tidur:
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan Otak Bekerja Semasa Kita Berada Di Dalam Keadaan Kurang Sihat:
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang Berimiginasi:
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang Berfikir:
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Wednesday, October 28, 2009

"Kursus Keluarga Sakinah Dakwah 09"

Bismillah...

Program Keluarga Sakinah Bahagian Dakwah, bertempat di Fishing Bay, Mersing. Tarikh 17-18 Oktober 2009.

Keluarga kami Bahagian Dakwah, amcam comel x anak aku tu...hehehe

Sang Juara tetap Juara.... Tima kasih Bos!

Comel2 nyer budak2 nie..."like Father like son" le..

Tarik Bang, Jangan x Tarik...biar putus urat kentut..

Abg pakai baju merah 2 ada gaya muka juara....

Mendengar taklimat bro. yg bwk kami naik ke atas bukit, muka mcm serius jer bang!

Amcm cantek x muka kami? dah mcm ????

Acara Kingkong Walk nak dimulakan...betul2 mcm kingkong!

sebelum berjuang bersungguh2 (interframe dulu beb), Tahniah Kump. Mantop!

Thursday, October 22, 2009

Ujian namanya...sabo yek!

keadaan keta masa excident tempohari...sedih beb!

no. 165 steady jer, walaupun depan dah teruk menyapu dek keta depan...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani:

18 Oktober 2009, Jam 4.45 petang: satu tarikh dan peristiwa yang xkan aku lupe..keadaan yg menyebabkan aku rase mcm x percaya plak berlaku depan mata sendiri..xder perasaan lain dah masa tu, yang aku tau ialah "sedih x terkata". kejadian nie berlaku ketika aku baru abes dan balik dr menghadiri kursus keluarga sakinah yang dianjurkan oleh "my department" kat Fishing Bay, Mersing. masa tu aku rase penat n mengantuk. ape tak, belum sempat nak tido org len dah cbuk nak check in kat challet tempat aku wat kursus tu. ape lg... dgn sepantas dan secepat lipas kudung aku mengemas bilik nak check out. "Badan penat, ape lg ngantuk x hengat dunia dah masa tu!" dlm keadaan yang begitu rupa aku menyuruh staf aku cepat2 check out dan bergerak balik ke JB. Tiba2 lampu isyarat dekat2 PKG Mersing tu berhenti... apa lg x pasal2 keta bro depan tu berenti emengcy, nak selamatkan puye pasal. bro depan tu trus jer break. apalagi kelamkabut keta belakang dia brenti, hah ape lg? disondolnya keta bro depan...masa tu keta yang ketiga xdpt dapat mengawal keadaan, lalu disondolnya keta yang kedua tu...keta ketiga nie, sape lg kalu x aku. break jer le..memang nasib masa tu x meyeblahi aku. x pasal2 keta aku tersondol keta kedua depan aku tu. biasa le xsempat nak break dgn baik. ape lg? aku terus jer ketepi dan kuar melihat keadaan." maka hasilnya, korang tegok jer le gambo2 yang dipaparkan. "kesian" dah mcm dialog P Ramlee dalam criter Madu Tiga dibuatnya.

walaupun benda nie dah terjadi, aku tetap bersyukur pada Allah, x der aper2 yg berlaku. x de ler sampai tercedera. "Isyh terpikir gak masa tu, kalu perkara yg x diingini berlaku pada aku." dah le x kawen lg. ka
rang x menyempat nak.... (moralnya: cepat2 le kawen, klu dah ader tu, terus jer...jgn lame2, amek terus jd isteri..hee). dari kejadian nie aku terpikir "mungkin inilah namanya ujian" Allah bagi satu perkara tu ader hikmah disebaliknya. jgn terus salahkan qada' dan qadar Allah, semuanya dah tertulis sejak dulu lg. cuma kita sbg hambanya teruslah bermuhasabah diri. Firman Allah dalam surah al-Baqaroh ayat 155-157 bermaksud: "Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar(155) iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Inna lillahi wa'inna ilaihi raji'un"(156) Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dabn rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (157)."

nasib baikle radiator nyer ngak rusak pak!, kalu x bikin butak kepale guwer...

ingatnya kerosakan xmengapa2kan yg len. tp, signal pun kena gak...sabo yek!

Tuesday, October 13, 2009

Tanda Berakhirnya Dunia Yang Fana Ini...


عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن من أشراط الساعة أن يرفع العلم ويثبت الجهل ويشرب الخمر ويظهر الزنا (رواه البخاري)
Maksud Hadis: dari Anas Bin Malik telah berkata: Rasulallah s.a.w telah bersabda: “Antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu diangkat( kehilangan Ilmu) dunia diliputi kejahilan, minuman arak berluas-luasa dan berlaku perzinaan secara terang-terangan. (diriwayatkan oleh alBukhari)

Cuba kita perhatikan hadis di atas serta cuba kita renung2 dan fikir2kan hingga paling dalam hati kita semua. Akal mestilah waras dan hati mestilah bersih mengenangkan nasib umat dan perihal dunia yang semakin hari menghitung perkiraan usia, kalau manusia nampak tua pada umurnya tp kalau bumi pada apa pulak, isyh nampak berat sangat kehidupan hari ini untuk diteruskan. Tp kata kawan2 saya:"kehidupan mesti diteruskan..".tu ckp org2 biasa tp sebagai umat Islam x kan teruskan tanpa ada usaha utk beramal. ye lah cuba kita bayangkan besok kita nak exam, kelam kabut dibuatnya malam tu, ye le aper x peniknya kalu kita baca 2 x masuk dn masuk dlm exam apa yg kita x baca, isyh payah beb nak jawab..saya rasa tu le perumpaan kita kat dunia nie yang katanya "mcm2 ada"

Tambahan plak manusia hari ini smcm leka dan lalai, kadang2 ketawa terbahak-bahak dan ada yang masih meneruskan pesta yang bukan-bukan sehinga ia di luar batasan syariah. seolah-olah hidup mereka mcm kekal buat selama-lamanya. Beb, tiap hari jumaat kita sering dengar. bila tu? mestilah masa khatib membaca khutbah mengingatkan kita pada permulaan ayatnya dengan katanya "Bahawa dunia ini hanyalah tumpangan semata-mata, akhirat jualah tempat kembali dan perhitungannya.". sebenarnya saya nak bawakan hadis di atas tentang tanda kedatangan kiamat. Nie bukanlah untuk menakut-nakut pembaca dan manusia semuanya dan bukan pula menyuruh manusia terus melakukan ibadah selama-lamanya tanpa memperdulikan kehidupan di dunia ini, akan tetapi nak mengingatkan kita bahawa segala amalan kita akan dihisab, dihitung dan dibalas mengikut amalan masing-masing di dunia. kita kenalah beringat bahawa kehidupan di dunia ini bukan kosong tanpa tujuan akan tetapi nak bersama2 berusha memikirkan tujuan dan matlamat kita hidup kat dunia nie. Bukankah di alam roh lagi kita telah berjanji akan mengabdikan diri mencari redha Allah Taala dunia ini. Fikirkan bulat2 dan timbang2kan dgn timbangan perhitungan diri...

Monday, October 12, 2009

Berakhirnya zaman bujang kami....

Bakal2 mengakhiri zaman bujang, Tunggu....

Yang lg sorang tu, bukan x der tp sajer jer xnak tunjuk awal2. x suprise...hehehe

Dengan Nama Allah Yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani:

Sabtu, 10 Oktober 09: Aku menerima tamu sahabat baikku Mohd Tony dan Sahrin. kedatangan kali ini membuatkan aku memikirkan adakah ada kali terakhir aku berkumpul dengan 2 mamat nie @ pas nie masing wat haluan sendiri (persediaan awal le agaknya) . Apa ke taknye, bulan depan sahrin akan bergelar suami manakala tony plak nak bertunang. isyh susah le nak berkumpul2 mcm nie. bole ke r ton mcm tak ada harapan jer...ada tak der aku ngan akmal le jer yang tinggal..x leh jadi nie kena cepat cari calon nie..hehehe, anyway untuk sahrin selamat pengantin baru(x kira le aku nak wish awal), lepas kawen x lame pas tu jd bapak plak, x der can le aku nak g umah pak samsuri dok borak2 minum kopi..wat tony aku ucapkan selamat bertunang pas nie nak jalan2 leh le bawak bakal tunangnye...tp hati2 kalo kat jb nie byk Penguatkuasa Agama..hehehe..nasihat aku kalo nak jalan bwk adek2 nyer..selamat dunia akhirat, xpun ko bwk aku sekali lg selamat(maklum le darah manis katanya). thank tony sebab tunjukkan aku wat blog,rasenya agak canggih le jgk, kata pok lias nak jd tecnodaei kena le ada blog, bole kongsi2 maklumat. Asal x jd goblog, sudah le...

Dari Abu hurairah bersabda Nabi Muhammad s.a.w bermaksud: "Apabila datang kepadamu seorang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinlah anakmu itu. Jika tidak berbuat demikian, nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan di atas muka bumi."

Sunday, October 11, 2009

Bencana Alam, Ikhtibar Untuk Manusia Semuanya...


"Apabila melihat keadaan bumi hari ini agak menginsafkan diri saya betapa kuasa Allah mengatasi segalanya, kejadian gempa bumi, angin taufan dan banjir kerap berlaku akhir2 ini. Sebelum ini saya dengar ia sering berlaku di luar negara terutamanya jiran terdekat kita iaitu Indonesia, akan tetapi, hari ini bencana alam semuanya di atas sudah berlaku di tanah air kita. Ia sudah dirasai di seluruh pelusuk tanah air kita. saya teringat pada firman Allah dalam surah ar-Rum ayat 41 yang bermaksud:"Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bencana di darat dan di lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, timbulnya yang demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dari bertaubat." Melalui ayat tersebut sudah jelas bagi kita yang beriman dengan Allah serta qada qadarNya, bahawa semuanya berlaku bukanlah secara spontan atau tanpa sebab. Walhal manusia semuanya sudah tahu dan ingat. cuma kadang-kadang sahaja melupakan @ buat-buat macam tak ada apa-apa berlaku. Dah namanya "manusia" biasalah lupa memanjang. apa lagi, maksiat zina, judi, minum arak, buang anak, bunuh membunuh di antara manusia dan sebagainya makin berluasa hari ini. kerap pulak tu. Dah macam makan nasi pulak dibuatnya. Bukankah Allah telah mengharamkan semuanya. Tapi tetap juga manusia membuatnya. tak tahu le saya, Ibarat macam dah tak tahu malu dan takut pada "Kholiq" sang pencipta alam. AstaghfiruAllah

Allah tidak zalim terhadap hambanya cuma mahukan manusia sedar dan membuka matanya seluas-luasnya tentang kuasanya. kalau dia kata " Jadilah, maka jadilah ia" tak payahlah kita nak cabar Allah. Siapa le kita cuma seorang hambanya yang lemah, "dicipta bukan pencipta." kalau dilihat melalui semuanya ini. maka ini adalah amaran awal yang perlu diambil perhatian dan peringatan kita semua supaya meninggalkan perbuatan mungkar dan menjauhi maksiat yang dimurkaiNya. Hari Ini Indonesia mungkin satu masa tidak mustahil ia kerap berlaku di tanah air kita MALAYSIA pada bila-bila masa, kalau kita terus juga melakukan maksiat. Maka bahasa yang paling sesuai dengan Bahasa Allah pada manusia adalah "Bencana Alam."Ambillah ikhtibar wahai semua umat Islam, jangan le kita leka dan lupa lagi. Bencana tak kenal siapa, engkau ustaz, jurutera atau pakar-pakar dan sebagainya. Kalau dia nak turunkan, tak tunggu siapa-siapa, pastinya semuanya akan menanggung sengsara. jadi marilah kita renung dan muhasabah diri kita dan sentiasa menginsafi dosa-dosa yang kita lakukan. Mari kita renung ayat al Quran dalam surah al-Isra' ayat 16 bermaksud:
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

Wednesday, October 7, 2009

PESANAN IMAM AL-GHAZALI:

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama,”Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “Mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah “Masa Lalu”. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu, kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama Islam.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apa yang paling besar di dunia ini?”. Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “Nafsu”. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, “Apa yang paling berat di dunia ini?”.Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban kalian benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah “Memegang AMANAH”. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, “Apa yang paling ringan di dunia ini?”.Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “Meninggalkan Solat”. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat. Lantas pertanyaan keenam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah “Lidah Manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Friday, October 2, 2009

GEMPA BUMI SEBAGAI TANDA HAMPIRNYA KIAMAT

Oleh: kadi kluang.blogspot.com

Kejadian gempa yang berlaku di Indonesia, turut dirasai penduduk di negara kita. Kawan saya di Pangsapuri Saujana Johor Bahru, berasa panik dan segera lari ke bawah. Gegaran ini turut dirasai di negeri lain di pantai barat terutama yang mendiami bangunan tinggi. Alhamdulillah, tiada kehilangan nyawa atau kemusnahan besar seperti yang berlaku di Indonesia, mungkin ratusan nyawa terkorban. Apa yang berlaku di negara kita hanyalah kesan retak pada bangunan tinggi, penduduk seharusnya mematuhi arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa. Kalau pihak berkuasa mengarahkan berpindah atau kosongkan bangunan, sila berbuat demikian.

Sebagai seorang Islam, kita wajib percaya kepada ketentuan Allah. Kiamat itu pasti berlaku dan sebelum kiamat itu berlaku, akan ada tanda-tanda kecil dan besar muncul terlebih dahulu. Berdasarkan hadis yang muktabar, sebelum kiamat akan berlaku gempa bumi yang kecil dahulu. Tidak lama selepas itu, akan berlaku gempa yang lebih besar pula dan merupakan tanda-tanda besar kiamat.

Pendapat ini diperkuatkan dengan hadis yang mengaitkan gempa bumi ini terjadi apabila kerosakan dan kemaksiatan telah bermaharaja lela di kalangan manusia. Beriman kepada tanda-tanda berlakunya kiamat merupakan keimanan kepada perkara ghaib yang wajib ke atas setiap orang Islam. Kedatangan hari kiamat itu hanya Allah sahaja yang mengetahui, bagaimanapun Allah menunjukkan kepada kita tanda-tanda kebesaranNya.

Tulisan di atas adalah dinukil dari sahabat saya as-Syeikh Khalil bin Mohd Noor (PTA Daerah Kluang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template